PROGRAM KE ARAH PENTERNAKAN PINTAR: INDUSTRI PRODUK HASILAN KELULUT

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

PROGRAM KE ARAH PENTERNAKAN PINTAR: INDUSTRI PRODUK HASILAN KELULUT

28/03/2018

PENTERNAKAN PINTAR: INDUSTRI PRODUK HASILAN KELULUT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SIRIM Tech Venture Sdn Bhd telah menyertai Program berkaitan produk hasilan kelulut yang bertujuan memperkenalkan penggunaan IoT (Internet of Things) dan Rangkaian Sensor Wayarles (Wireless Sensor Network) dalam penternakan dan pengusahaan Kelulut. Ia merupakan satu daripada projek di bawah program SIRIM Fraunhofer yang membolehkan SIRIM membantu penternak dalam meningkatkan keupayaan pengurusan pengeluaran madu, seterusnya dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Madu kelulut yang dihasilkan oleh spesies lebah kelulut (“Stingless Bee” atau Meliponini spp.) telah diisytiharkan sebagai “Super Food Malaysia” pertama yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa. Mengikut Kementerian Pertanian dan Asas Tani, terdapat kira-kira 700 penternak berdaftar dengan jumlah 60,000 log kelulut yang menyumbang kepada jumlah pengeluaran 140,000 kilogram madu dan menjana pendapatan sebanyak RM 17 juta pada tahun 2017.

Program yang dibangunkan oleh SIRIM dengan kerjasama Institut Genome Malaysia (MGI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini terdiri daripada pembangunan Sistem Maklumat Bersepadu Kelulut (KIIS), alat tuaian madu yang mudah alih dan ringan, latihan kesedaran dan pendedahan kepada penternak tentang potensi propolis sebagai agen kosmetik dan program pelabelan dan pembungkusan. Tiga pengusaha syarikat penternakan kelulut iaitu Belantara SR Enterprise, The Bees Alchemy dan Zaimi Gemilang Enterprise telah diberikan penghargaan di atas penglibatan mereka di dalam program tersebut.

Program ini dihadiri oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, YBhg. Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani, F.ASc, FIEM., Pengurusan SIRIM, pengusaha kelulut, dan wakil agensi serta institusi penyelidikan berkaitan. Turut hadir adalah Pengetua Akademi Kelulut Malaysia, Encik Abu Hassan Jalil.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan teknologi yang dibangunkan ini, boleh hubungi pihak kami di stv_admin@sirim.my, kami sedia membantu anda !

 

Details

Date:
28/03/2018
Event Category:
Event Tags:
, ,
Website:
www.sirim.my

Organizer

SIRIM Berhad

Venue

Auditorium Dato’ Yahaya, SIRIM Berhad
SIRIM Berhad
Shah Alam, Malaysia
+ Google Map