Lawatan Kerja UPEN, Negeri Perak & Bahagian Kerajaan Tempatan, Negeri Perak

Lawatan Kerja Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Perak & Bahagian Kerajaan Tempatan, Negeri Perak
03 Jan 2018 | 10.30 pagi – 2 petang

SIRIM telah menerima lawatan kerja dari rancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Perak & Bahagian Kerajaan Tempatan,Negeri Perak pada 3 Januari 2019. Delegasi telah diberikan taklimat ringkas berkenaan perlaksanaan projek ‘Anaerobic Digester System’ di tapak Medan Selera USJ, Majlis Perbandaraan Subang Jaya (MPSJ). Delegasi kemudianya dibawa ke Ibu pejabat SIRIM dan melawat Geleri SIRIM. Y.Bhg. Prof Ir Dr Ahmad Fadzil bin Mohamad Hani, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM turut menyambut kedatangan delegasi ini. Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif, SIRIM Tech Venture Sdn Bhd dan seterusnya tayangan video korporat SIRIM. Taklimat berkenaan Projek ‘Anaerobic Digester System’ telah diadakan dan diteruskan dengan sesi perbincangan antara dua pihak. Terima kasih kepada semua delegasi yang hadir, semoga pertemuan ini membuahkan hubungan kerjasama antara dua pihak kelak. Tahniah buat semua.

 

 



Leave a Reply