MESYUARAT BERSAMA PENERIMA TEKNOLOGI ANTI-ACNE SPOT TREATMENT GEL

SIRIM Tech Venture telah mengadakan satu mesyuarat bersama penerima teknologi SIRIM bagi produk
‘Anti-Acne Spot Treatment Gel’ pada 13 Julai 2018 di Klinik Dr. Hasseenah di Kota Kemuning. Mesyuarat
ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dua pihak iaitu antara pihak STV dan pihak pelanggan untuk
beberapa perkara yang telah dibincangkan sebelum ini. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Hasseenah dan
ahli kumpulannya yang telah memberikan kerjasama terbaik kepada kami ! Semoga usaha ini dapat memberikan
pulangan terbaik kepada kedua-dua pihak !



Leave a Reply