MyNeuro 2017

myneuro1myneuro2Pada 11 hingga 13 Ogos 2017, SIRIM Industrial Research telah menyertai konferen MyNeuro2017. Konferen ini merupakan program saintifik bersempena dengan perjumpaan ahli-ahli Malaysia Association of Neuroscience(MSN) kali ke-27 dan Neurological Association of Malaysia(NAM) kali ke 17. Program ini digabungkan bersama dengan symposium Federation of Asian-Oceanian Neuroscience Societies kali ke-4. Pihak SIRIM Industrial Research telah diwakili oleh Industrial Centre of Innovation in Biomedical dan SIRIM Technology Venture(STV) dalam pameran ketika program tersebut.

Presiden SIRIM Berhad, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani juga turut sama menyertai konferen ini sebagai Invited Speaker dalam pembentangan beliau dalam bidang Translational Neuroinformatic melibatkan kajian konklusif mengenai optical topography fNIRS(functional Near Infra Red Spectroscopy) terhadap aktiviti gelombang otak yang terhasil selepas ransangan.
Program ini telah menjadi medium untuk para peserta yang terdiri daripada para penggiat sains perubatan berasaskan neurologi seperti doctor perubatan, ahli farmakologi serta penyelidik sains bahan biomedical untuk berbincang dan memperolehi komen serta cadangan yang berguna. Pihak IC Innovation Biomedical pula telah mempamerkan produk-produk hasil penyelidikan yang berkaitan dengan tema konferen seperti implant for craniofacial, mandible dan servis untuk 3D modelling serta pengujian-pengujian saintifik. Booth juga telah dilawati oleh Datuk Dr Mohammad Saffari Mohammad Haspani daripada NAM selaku coverner bagi conference ini. Selain itu, program ini telah menjadi platform bagi penyelidik SIRIM Berhad untuk menilai teknologi roadmap yang telah dan akan dicapai serta menerokai peluang dan implikasi pengkomersilan terhadap bidang ini terutamanya berasaskan aspirasi industry 4.0.



Leave a Reply