PERBINCANGAN BERSAMA KETUA PENGARAH LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)

STV telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Encik Jamaludin bin Osman, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) pada 13 May 2019 bertempat di Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM), Pulau Meranti, Selangor.

Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta memperkemaskan hubungan kerjasama dalam bidang pengkormersialan teknologi dan inovasi menerusi pemindahan teknologi di dalam menyokong mencarta mekanisma transformasi teknologi dan inovasi secara terancang, bersepadu dan holistik.

Beberapa pegawai-pegawai kanan LKIM turut serta dalam perbincangan ini. Antaranya;

  • Encik Hosni bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pemasaran dan Perlesenan
  • Rosmawati binti Haji Maludin, Ketua Seksyen Komoditi Akuakultur Bahagian Pemasaran dan Perlesenan

Delegasi STV diketuai oleh Encik Ajmain b. Kasim, Ketua Pegawai Eksekutif, SIRIM Tech Ventures Sdn. Bhd. Turut serta dalam kunjung hormat ini adalah Pn. Zanariyah binti Ali, Ketua Seksyen Pembangunan Perniagaan, SIRIM Tech Ventures Sdn. Bhd dan Rosli Manan bin Mohd Saad, Eksekutif Kanan, Seksyen Pembangunan Perniagaan, SIRIM Tech Ventures Sdn. Bhd.



Leave a Reply