Perhimpunan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)

SIRIM Tech Venture telah menyertai perhimpunan MITI pada 14 Januari 2019. Perhimpunan kali ini adalah untuk menyampaikan perkembangan terkini agensi-agensi di bawah MITI dan mendengar amanat yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri Malaysia, YB Datuk Ignatius Dorell Leiking. MITI adalah sebuah kementerian dibawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini.



Leave a Reply