PROGRAM LAWATAN INTERNSHIP MIDDLE MANAGEMENT MOSTI – 27 JAN 2017

SIRIM TECH VENTURE Sdn Bhd telah menerima kunjungan 2 orang pegawai dari MOSTI dalam sessi program lawatan Internship Middle Management MOSTI yang telah berlangsung pada 27 Januari 2017.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara hands on kepada pegawai-pegawai mengenai fungsi dan peranan jabatan dan agensi MOSTI seterusnya dapat meningkatkan kompetensi dan pengetahuan pegawai.

 

Pemahaman dan pengetahuan yang jelas berkenaan jabatan dan agensi akan membantu pegawai dalam menggubal dasar/program/projek bagi sesuatu jabatan dan agensi. Program ini juga turut memberi pendedahan dan pemahaman kepada pegawai middle management MOSTI mengenai fungsi utama dan bidang tugas jabatan/agensi. Meningkatkan pengetahuan berkenaan aktiviti-aktiviti utama dan tadbir urus jabatan/agensi dengan lebih mendalam serta dapat membina jalinan kerjasama dan hubungan baik (rapport) diantara pegawai MOSTI dan jabatan/agensi/agar dapat memudahkan urusan yang bakal dilaksanakan melalui pelbagai program pada masa akan datang.



4 Comments

Leave a Reply