PROGRAM LAWATAN YB MENTERI DAN YB TIMBALAN MENTERI INDUSTRI UTAMA KE LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA(LKTN)

Bersempena Sesi lawatan  Menteri Industri Utama YB Teresa Kok ke Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kota Bharu Pada 15 Julai 2018 (Sabtu),SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd (STV)  telah diberikan peluang untuk memberikan penerangan berkenaan projek usahasama antara STV dan LKTN dalam bidang penyelidikan dan komersil. STV telah menjalankan penyelidikan bagi projek ‘LPG Kenaf Tank’ dan telahpun berjaya diserahkan kepada pihak LKTN.
STV sebagai penggerak utama kejayaan projek ini akan terus memainkan peranan penting untuk projek-projek yang telah dirancang antara STV dan LKTN dimasa hadapan sejajar dengan tagline SIRIM BHD  ‘Best Partner For Innovation’. Turut hadir bersama iaitu Timbalan Menteri Industri Utama, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin. Syabas diucapkan kepada kumpulan LKTN dan STV yang terlibat. Semoga usahasama ini membawa kejayaan dan sumbangan terbaik buat negara.



Leave a Reply