PROGRAM TEAM BUILDING SIRIM TECH VENTURE (MY GOPENG RESORT, IPOH, PERAK) 4 – 5 FEB 2017

SIRIM TECH VENTURE SDN BHD telah menganjurkan Program Team Building yang berlangsung di My Gopeng Resort, Ipoh, Perak pada 4 – 5 Feb. 2017 Team Building merupakan sebahagian daripada modul program induksi yang telah direka untuk anggota kerja SIRIM TECH VENTURE SDN BHD.

Tujuan program ini adalah untuk merapatkan hubungan baik antara semua kakitangan ke arah mencapai misi dan visi serta menerapkan semangat budaya kerja berpasukan berkualiti dan cemerlang pada setiap individu dalam semua bentuk tugas, interaksi dan tindakan. Selain daripada itu program ini juga bertujuan untuk membina individu yang sentiasa bermotivasi tinggi, pasukan kerja yang dinamik dan juga menerapkan nilai-nilai murni seperti kepercayaan, integrity dan kebersamaan antara satu sama lain.

Program ini juga menerapkan kaedah-kaedah dan unsur-unsur bekerja di dalam kumpulan untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Setiap aggotakerja mampu menghasilkan prestasi yang tinggi serta mengukuhkan lagi kemahiran hubungan sesama manusia dan semangat kerjasama antara satu sama lain.



Leave a Reply