SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA KUMPULAN SIRIM SHAH ALAM

Lebih 1,100 orang pelanggan, rakan niaga dan pemegang kepentingan telah diraikan pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan SIRIM 2018 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Majlis itu turut dihadiri oleh ketua-ketua agensi kerajaan, peneraju syarikat korporat, usahawan dan persatuan industri daripada pelbagai sektor, termasuk sektor perkhidmatan, pembuatan, elektrikal dan elektronik, mekanikal, kimia, kejuruteraan awam, automotif, minyak dan gas, makanan dan minuman, institusi pendidikan tinggi serta pihak media yang sentiasa bekerjasama rapat dengan SIRIM.

Tetamu telah diraikan oleh Pengerusi SIRIM, YBhg Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, YBhg Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani selaku tuan rumah. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, YAB Amirudin Shari.

Turut diraikan pelanggan-pelanggan dari SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd di majlis tersebut.