Sesi Perbincangan Pihak UCSI Campio Sdn. Bhd dan SIRIM

Satu sesi perbincangan bersama pihak UCSI Campio Builders Sdn Bhd telah diadakan di SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd di Jalan Pahat. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran SIRIM untuk hasil cipta produk inovasi yang telah dibangunkan oleh pihak UCSI. Hasil kerjasama dari SIRIM yang terdiri daripada SIRIM Tech Venture, SIRIM IR & SIRIM QAS, satu persetujuan bersama telah berjaya diputuskan bagi menjayakan usaha yang dibuat oleh pihak UCSI Campio Builders Sdn. Bhd. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga usaha terbaik ini membuahkan kejayaan !



Leave a Reply