SIRIM Tawar Kerjasama Bantu Tingkatkan Teknologi Syarikat SME di Perak

SIRIM sememangnya sangat sinonim dengan jaminan kualiti untuk barangan pengguna termasuk elektrikal dan elektronik. Tetapi tahukah anda bahawa aktiviti SIRIM jauh melangkaui aktiviti pensijilan?

Contohnya, SIRIM bertanggungjawab dalam meningkatkan produktiviti SME melalui penggunaan dan penaik-tarafan teknologi dalam sektor pembuatan. Sebagai contoh, sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan dalam tahun 2018 bagi Program SIRIM-Fraunhofer dimana syarikat-syarikat SME yang berkelayakan diberi dana bagi menggalakkan penggunaan teknologi terkini.

Berita baik untuk syarikat-syarikat berstatus SME dalam bidang Teknologi, Industry 4.0 dan Waste-to-Energy (Anaerobic Digester) di Perak. SIRIM Berhad berhajat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam meningkatkan teknologi syarikat-syarikat berkelayakan.

Komitmen itu dinyatakan oleh Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dalam kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar petang semalam. Dalam pertemuan itu, delegasi pengurusan tertinggi SIRIM telah memberi taklimat tentang peranan, mandat dan aktiviti SIRIM. Turut serta dalam kunjungan ini SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd selaku pengerak mengkomersilkan teknologi-teknologi yang berada di SIRIM juga di luar dari SIRIM untuk dibawa ke pasaran dunia.

Semoga kerjasama diantara kerajaan negeri dan SIRIM Berhad akan membantu melonjakkan produktiviti syarikat-syarikat SME dalam bidang terpilih di Perak.

 



Leave a Reply