STV ke Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd

SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd (STV) telah berkunjung ke Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn. Bhd ‘KUM’ iaitu syarikat sendirian berhad di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Ketibaan STV telah disambut oleh Tn. Hj. Mahadi B. Hj. Mokhtar, Group Senior Manager ‘KUM’. Sejajar dengan hasrat ‘KUM’ untuk membangunkan teknologi industri hijau di Kelantan terutama ‘renewable energy’ ini, STV telah membentangkan peluang-peluang kerjasama untuk pembangunan teknologi hijau ini. Pihak ‘KUM’ berhasrat untuk membuat sesi lawatan ke tapak projek SimbionTea di USJ kelak. Semoga kerjasama antara SIRIM STV & ‘KUM’ ini dapat memberikan kejayaan dan manfaat buat semua kelak. Tahniah kepada semua yang terlibat.



1 Comment

  • CEO STV

    Well done! Hope this fruitful meet up shall close the rank & benefit both parties. Looking forward to smart collaboration.

Leave a Reply