SIRIM TECH VENTURE ROADSHOW

SESI NETWORKING – ‘STV ROADSHOW’ DI SIRIM JOHOR

Satu sesi Networking – STV Roadshow telah diadakan di SIRIM Johor pada 19 September 2018. Sesi setengah hari
tersebut telah dihadiri oleh 26 orang peserta yang mewakili agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan juga pihak
swasta. Antara agensi kerajaan yang hadir adalah MARA, KEJORA, Lembaga Pelabuhan Johor, Jabatan  Imigresen,
IRDA, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Manakala institusi pengajian tinggi
yang telah hadir adalah UTHM, INSTEADT, PUSPATRI, ADTEC dan Politeknik Ibrahim Sultan Senai-Desaru
Expressway, manakala  Johor Land pula dari pihak swasta.

Sesi dimulakan dengan kata-kata aluan daripada En. Zulkefly Songip, Pengarah Wilayah, SIRIM Wilayah Selatan dan
diteruskan dengan pembentangan oleh En. Mohd Raafiz Rosli dan En. Rosli Manan Mohd Saad yang mewakili STV.
Pembentangan tertumpu kepada topik “Accelerating Business Commercialisation”.

Sesi networking tersebut telah memperlihatkan maklum balas yang positif dari para peserta dan beberapa pertemuan
dan perbincangan susulan akan diadakan dengan objektif program kerjasama antara SIRIM Bhd – STV – Pelanggan
dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.

 



Leave a Reply