STV Menyokong Kempen ‘Upcycle’ Shah Alam


SIRIM Tech Venture telah menyertai program “Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan” pada 11 November 2018, bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program kali ini adalah bertemakan Hari Alam Sekitar dengan Kempen ‘Upcycle’.

Antara aktiviti yang dikendalikan oleh SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd bagi menyokong kempen kali ini adalah edaran belon STV dan aktiviti memasukkan bola berlabel ke dalam bakul yang disediakan. Ini untuk mendidik anak-anak untuk membiasakan diri dengan mengasingkan jenis bahan buangan samada bahan sisa makanan, plastik, kaca dan kertas. Aktiviti ini juga adalah untuk promosi dan memperkenalkan tentang ciptaan inovasi terbaik SIRIM, SimbionteA kepada pengunjung.

 

Turut hadir ke program ini, Naib Presiden SIRIM IR, Ir. Dr. Mohamad Jamil Sulaiman.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merupakan inisiatif ke arah mempromosi gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga boleh mencemarkan alam sekitar. Penganjuran program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030

Program ini telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah – Raja Muda Selangor.

 


Ir. Dr. Mohamad Jamil Sulaiman, menerangkan sistem SimbionteA, hasil inovasi terbaik SIRIM kepada Raja Muda Selangor.


Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato’ Ahmad Zaharin turut menandatangani papan
pameran STV sebagai tanda menyokong usaha murni SIRIM yang mencipta inovasi
baru untuk membantu kitar semula bahan sisa makanan terbuang.

Tahniah kepada semua yang terlibat………