STV di Seminar QBEST 2018

SIRIM Tech Venture (STV) telah menyertai ruang pameran di Seminar QBEST 2018 pada 15 Oktober 2018 di Hotel Marriott Putrajaya.
Seminar ini telah dianjurkan oleh SIRIM STS Sdn. Bhd selari dengan Hari Kualiti Dunia 2018 dengan tema ‘Culture of Quality and
Sustaining Trust for Business Growth’.

Seminar QBEST ini adalah seminar tahunan anjuran SIRIM STS Sdn. Bhd yang telah diadakan semenjak 2013. Seminar ini bertujuan
bagi membantu industri, organisasi dan individu memperoleh dan bertukar maklumat mengenai pembangunan terkini dalam kualiti,
standard, teknologi dan amalan terbaik.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.