YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS, PEMUDA UMNO CHERAS DAN INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

Lawatan dan mesyuarat bersama SIRIM STV di STV Shah Alam untuk membincangkan usaha kerjasama di antara Yayasan Pendidikan Cheras, Institut Kemahiran Baitulmal dan Pemuda Umno Cheras untuk program belia di kawasan Cheras dan juga golongan asnaf Wilayah Persekutuan.

Diketuai oleh Saudara Johari Yazid selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, En. Razi Ahmat dari Yayasan Pendidikan Cheras dan juga selaku wakil dari Institut Kemahiran Baitulmal. Kesemua mereka berpeluang untuk mencuba sendiri mesin TCG8 yang ditunjuk ajar oleh En. Azleey dan En. Zurani, manakala Modul dan program yang berkenaan dengan SIRIM Micro Precision di terangkan secara ringkas oleh En. Zurani dan En. Mohd Raafiz



Leave a Reply