Sempena Hari Terbuka SIRIM 2017 bertemakan ‘Merakyatkan Kualiti’ memberi peluang keemasan kepada orang ramai mengenali fungsi dan perkhidmatan disediakan agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan teknologi komersil di Malaysia.

Persiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof. Dr. Ahamd Fadzil Mohamad Hani, berkata melalui program itu, SIRIM berpeluang memberi kesedaran mengenai peranannya dalam menjamin keselamatan dan kualiti hidup rakyat melalui produk, perkhidmatan dan teknologi berinovasi.

SIRIM STV terlibat secara langsung dalam Hari Terbuka ini menyediakan platform produk -produk yang sedia dikomersilkan.